13 June 2012

kekasihku seru vs waris?? drama, drama, drama...

esok 14hb... esok ade cite antu baru.... ahaksss.. tu jer nk bgtau... muahahahhaha... sebelum ni heboh cite pocong ngokss tu... mmg start dari episod 1 sampai ke sudah tidaknye aku tgk... kang masuk la dalam suwet dream aku, x memasal lak.. tp, aku mmg menunggu cite baru ni.. sbb dulu ala2 kata nk jadik filem.. sudahnya drama gaks.. sape tgk kekasihku seru? alaaa, citer berdasarkan keturunan tu... kiranya hantu keturunan... ahaaaa... directornya khabir bhatia.. dlu dia ni buat citer manjalara... si emelda rosmila tu gak yg actress... ops, da merepek ke lain plak.. 

story pasal citer kekasihku seru ni... utk episod baru, da xdo panggil lg kekasih2 bagai ni.. jadik warisss lak... sbb nama antu tu waris la kot... haruslaaa yakin kn... 
x sabau nk menunggu nieh.. 


versi baru


Apa yang menarik, drama “Waris” ini masih mengekalkan barisan pelakon yang sama termasuklah Hairi Othman, dan Kuza. Antara pelakon yang ditambah pula ialah Liza Shadan (Aida), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan juga Fadzrin Danial (Amar).
Diarahkan oleh Kabir Bhatia, sekuel ini mengisahkan tentang kehidupan Rashad & Marisa selepas 10 tahun tragedi hitam berlaku. Marisa sebelum ini pernah diganggu oleh Waris kerana dia memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.
Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.
Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.
Apakah yang telah berlaku pada Amar? Adakah Waris telah bangkit semula? Siapakah Sarah yang sebenarnya? Dan berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya dari ancaman hitam Waris? Jadi, jangan ketinggalan untuk menonton Waris bermula 14 Jun, setiap hari Khamis jam 10.00 Malam di TV3
sape yg rase2 nk view cite kekasihku seru edisi lama.. aku ade jumpe lak link dia.. tp aku x tgk lg lak.. makanya kasi save sini dulu... kekasih antu