aku hargai...

22 August 2016

:: marissa raisha 6 months ::

pejam celik pejam celik marissa raisha dah 6 bulan..
rasa macam baru je semalam ibu nampak nurse bawak awak datang ke ibu..
rasa macam baru semalam jugak ibu stress sebab awak taknak tido malam padahal ibu dah tergolek2 mengantuk.. 

Alhamdulillah.. Allah banyak permudahkan urusan ibu ayah semenjak awak ada..
walaupun awak sekarang memang kaki jalan macam ibu.. takpe, ibu bleh chill lagey..
ayah awak la stress esok ni.. sebab awak kaki jalan.. 


raisha sekarang memang ade je akalnya..
ni kes malam kemarin.. ibu jenuh suruh tido.. eh eh eh..
dia ajak main cak2 pulak..
siap sengih2 pulaknya tuh..













ibu..... cak!

-_-''

haish tido lah...






nanti kite share pulak 1st solid food marissa raisha.. nyumss

12 August 2016

:: si lecha ::

ahad lepas lecha takde berjalan kemana pun..
ibu penat.. malam tu kteorang merayau ke ikea sampai 11 malam..
tah hape jela ibu tu carik pun.. 
bebalik kang asik senduk dengan bekas 3 beranak ikea tu je yang ibu beli pun.. kannnn... 
tapi lecha tengok ibu macam ade beli rak baru.. adoiii.. 
mana jela ibu nak letak tu.. almari baju lecha takde lagi ni... semua buh dalam bakul sampai penuh dah bakul lecha tu ibu oih...

eh.. ni bukan entry ikea kan.. cory2..
tercerita pasal ikea pulak.. 
panas betul malaysia ni.. dulu masa duduk dalam perut ibu, takde pun panas camni..
ke sejuk sebab ibu slalu beli starbucks dengan chatime? hurmmm.. nantila lecha tanya ayah.. 
bila panas2 gini terpaksa la lecha berkemban gini jeee.. 
ibu pun letak lecha dalam buaian tu siap mengadap kipas..
perghhh.. memang syok la lecha tido kan.. 

bila ibu nampak lecha dah separuh nak jatuh..
ibu terus kejut ayah.. uish.. melompat ayah bangun..
ish ish ish.panik ler ayah tuuuuu....



tapi lecha cool je..
tengok, takde pun lecha bising2..
tapi ibu cakap..

"ini budakkk aaaaaa... kalau jatuh, macamana?"

ishhh ibu ni.. kalau jatuh sakitla... kan..
takkan la jatuh boleh terbang pulak.. huhu
okey2 jangan melawak lebih2.. durhaka dengan ibu tak cium bau syurga tauuu..
sebab ibu cakap syurga kat bawah tapak kaki ibu..
so nextime lecha nak check betul ke ade syurga bawah tapak kaki ibu tu...
yok yok ooo je ibu tu kang...


lepas je kejadian ni..
ayah terus belikan lecha kain buaian siap berzip..
takut lecha jatuh ler tuuuuu....
so far lecha good je...kan...
lecha siap hayun2 kaki lagi kan..
power kan... hurm





11 August 2016

:: pinky si kawan baru lecha ::

last wiken bawak la raisha pi rumah maklong ida..
nak jumpa dengan baby rizq iskandar.. 
aritu ibu pi tengok baby rizq masa baru lahir 2 hari..
la ni ibu bawak lecha pulak jenguk adik baby..

sampai je rumah adik baby, 
dia tengah tido la pulak.. da petang kan.. so maklong ida bagi lecha main dengan 
anak gajah baby rizq..pastu amenda tah nama toys yang bunyi2 tu.. 
sedap jugak lecha masuk dalam mulut.. nyumss nyumss.. 
sampai basah toys tu lecha masuk mulut..
harapnya maklong tak mawah la lecha.. sowy maklong.. ^-^

besh jugak tilam adik baby ni.. senang jeee lecha nak golek2..
yelaa.. tilam kat rumah tebal.. sekali lecha pusing, tergolek terus...adoiii
so pergerakan lecha agak terbatas la kan... ibu tu tah bila laa nak belikan lecha tilam baru..




sementara lecha nyums dengan toys adik baby..
maklong bwk adik baby klua.. haaaa... akhirnya jumpa pun adik baby..
tapi aritu adik baby tak mesra sebab dia mengantuk sangat..
siannnn.. beselaa tu adik baby.. lecha da melaluinya fasa tu..
ibu tu sampai dah tensen sangat dahhh..
sekarang ni jela ibu tu cool sikit... takde dah nak marah2 kalau lecha nak susu malam2..
ibu laju je bangun.. lecha tido himpit2 ibu sampai sipiiiii je lagi ibu nak tergolek pun ibu cool je..
good la ibu sekarang ni.. kagum sikit laaa lecha kan..

sempat la ibu amek gambo lecha dengan adik baby..
seee.. adik baby... tuuu ibu amek gambo.. smile cepat.. cepat..
aishhh.. nape adik baby nangis camtu.. ''-_-



jadinya memandangkan ibu nampak lecha dok gigit2 toys adik baby..
so ibu dah tangkapkan sekor unicorn pinky untuk lecha..
tapi ibuuu.. kenape pinky -_-''

gegerl sangat ni ibu.. haishhh
takpela.. mekaceh ibu..
pinky pun pinky la.. janji ibu belikan..
nyumss ade toys baru bole masuk mulut..
hoyeay!