21 October 2011

ampuniku by KRU

Terlantar dalam kekusutan umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia

aku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar dikau sudi terima

Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar Kau ampuni diriku
Ampuniku

Inginku mengubahkan cara menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata menyerah jiwa raga
Apabila sudah tiba masanya nyawaku tiada di dunia
Ambillahku dekat pada-Mu
Itu saja pintaku

Walau tak mungkin mampu penuhi harapan-Mu
Namun daku merayukan pengampunan dari-Mu Tuhan

Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan

kisah muadz aliff

pagi tu dia ckp ngan aku, "kak long,jom pi jalan2"... aku buat xtau jerk.. skali tgk balik,dia lalok da.. mgantuk la tu...

pastu,aku tny dia..nk ikut x..dgn pantas dia bangun,seee!! dia senyum2 okeh



kt mall...dia amek smua cekedis yg ade...


ok! kak long,jom kte balik...










17 October 2011

sape lagi teringin nk jadik supersaiya??

SEATTLE, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang memakai kostum adi wira ciptaannya untuk menjaga ketenteraman akhirnya mendedahkan mukanya di dalam sebuah mahkamah di sini pada Khamis lalu.
Dia membuka topengnya selepas diarahkan oleh beberapa pegawai mahkamah yang membicarakan kes dia menyembur serbuk lada kepada empat orang lelaki pada Ahad lalu.
Lelaki itu sebelum ini terkenal dengan panggilan adi wira Phoenix Jones.
Nama sebenarnya ialah Benjamin John Francis Fodor.
Menurutnya, dia cuba untuk meleraikan satu pergaduhan apabila dia diserang dalam kejadian tersebut.
Namun, pendakwa raya memberitahu hakim, mereka memerlukan masa untuk memutuskan sama ada akan memfailkan dakwaan dalam kes berkenaan.
Dia memakai semula topeng muka itu selepas perbicaraan tersebut.
Namun, semasa berdepan dengan pemberita, dia menanggalkan semula topengnya untuk mendedahkan identiti dirinya.
Menurutnya, dia merupakan seorang bapa dan mempunyai seorang adik lelaki.
"Saya memutuskan untuk membuat perubahan dan menghentikan jenayah di dalam kawasan perumahan saya," katanya.

14 October 2011

raja naga kahwini org biasa.



PUNAKHA, Bhutan - Pemerintah Bhutan, Raja Jigme Khesar Namgyal Wangchuck berkahwin dengan pengantin perempuan daripada golongan rakyat biasa dalam istiadat purba mengikut agama Buddha yang diadakan di sebuah kuil bersejarah di Bhutan.
Memakai gelaran Raja Naga Kelima, Raja Jigme Wangchuck turun dari takhta emas di hadapan patung Buddha besar semalam, sebelum meletakkan mahkota di atas kepala pengantin perempuan, Jetsun Pema.
Kemudian, Raja Jigme, 31, kembali ke takhtanya. Sementara Pema duduk di sisinya sebagai permaisuri baharu Bhutan.
Pema yang baru berusia 21 tahun dan masih belajar merupakan anak perempuan seorang juruterbang komersial.
Upacara perkahwinan diraja itu disiarkan secara langsung di Bhutan, sebuah negara yang memiliki cuma 700,000 penduduk.
Beribu-ribu orang yang memakai pakaian tradisi negara di Banjaran Himalaya itu berkumpul di luar kuil berkenaan untuk memeriahkan lagi istiadat perkahwinan diraja tersebut.


bkn pasal perkahwinan diraja ni yg aku nk share...aku cme tetibe jadik pelik lak.. ni negara mane eh?? aku tny cik ai tadik..dia kata china kot.. yeke?? asal aku x pnah dgr eh?? nk try google jap ah...mne pnye negara ni...cntik gak permaisuri bhutan ni...

13 October 2011

Anak itu kupu2 syurga..






keistimewaan yg bakal diperolehi apabila anak2 anda bole digelar kupu2 syurga. barangsiapa yg mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah. org yg menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya..

ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan,tiada masuk ke dalamnya melainkan org yg menyukai kanak2..

barangsiapa keluar ke pekan muslim dan membeli brg2 dan kembali ke rumah dgn buah tgn untuk anak2nya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. muliakan anak2 dgn mengajar mereka adab dan ilmu agama. barangsiapa memuliakan anak2nya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap2 dosa yg dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkn anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah melihat Nabi SAW mencium cucu baginda,Hassan. Aqrak berkata

"anakku 10 org byknya,namun tiada seorg pn yg pernah aku cium."

sabda Nabi SAW; "org yg tidak pernah menyayangi tidak pula akan disygi."

brgsiapa ke pasar dan membeli sesuatu brg utk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah utk org yg sgt berhajat. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, brgsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

seorg lelaki bertanya," Ya Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti?
jawab baginda; "berbaktilah kepada ibu bapamu."

kata lelaki itu lagi ;" ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda rasulullah; "kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

wallahualam bissawab..

07 October 2011

kenaikan gaji n bonus bg penjawat awam...

harini ramai ler para penjawat awam senyum lebar.. sbb ade kenaikan gaji,bonus lagik.. aku kt ofis td pn,bkn main kuat lg sound tv tu haa,nk suh dgr belanjawan 2012..
aku?? cm biase,bt x reti jer la.. naik ke x,ade ke x...bersyukur lah ape adenya...
balik uma lak,mak aku dok tny aku..yeke ade kenaikan gj?? ait?? mak aku yg dgr,tny aku??
mmg aku xtau la kn.. aku dgr pn cm x dgr je..sbb aku x pnah amek port rsenya selama ni belanjawan negara..
giler x amek tau hal dunia btul la kan....

aku start blaja2 dgr bnda ni smua pon pasal aku adalah sbahagian dari penjawat awam.. merasa la taun ni sbg penjawat awam...padahal dlu x pnah harap pn aku dpt di tapak skang..
malas mau amek port,sbb org kata makin besar periuk,besar la keraknya.. makin tgi kan komitmen hidup skang...aku rse x terkejar kot... aku yg nk manage akaun aku ni pn makin lama makin bangang lak rse...

aku tgk komen2 kt tv n radio ni pn da memacam...smuanya thanks kt PM... tp aku trase pelik.. knp da bg mcm2 baru kata PM bt keja?? so hipokrit la korg ni.. haihhhh....
ahh,duniawi2... mcmni la.. permainan jer smua tu..
org hulur,puji mcm nk tumbang KLCC tu... bila x dpt lak... seolah2 mcm matahari nk dilempar batu..

ok la..kepada para penjawat awam smua... bergembiralah dgn berita baik ni eh...
aku?? x la hepy sgt... biase2 sudahh....

06 October 2011

senyum...

jgn cmpur adukkan antara cinta dan kerjaya.. muahahhahahaha,tajuk cm bagus jerk...ok! lupakan fb utk sementara..sbb cinta aku kini beralih kepadamu blog.... ni kes aku terlebih asyik dok baca kekasih kak filla nie...

hari2 aku dok jadik teruja membaca blog dia...kisah dia dgn anak2...kasih aleeya n kasih amani.. dari bebdk tu kecik smpai la bebdk tu besar.. skang aku cuba nk ceritakan pembesaran cik nur ifti liyana...muahahhahhahah,mcm ler bdk kecit tu ade dgn aku.... hahahhahhha.....nmpak beno nipunya kn... ahhhh.... yg penting ade cite...

ni alkisahnya baru balik dok jengah bdk cenonet tu la... sweeeeeetttttt ajeer kn.. cm haku... muuaahahahhahahah,lg skali prasan...sila tampar aku skang... T________________T

tetibe sentap lak dlm ati kecik ni... bila yg dirancangkan x mnjadi kenyataan...
hmmm.. sabar la bebanyakk. ade hikmahnya mgkin smua ni..

Nur Ifti Liyana




nur ifti liyana

tepat pukul 7.24petang pada 3/10/2011 di hospital sungai buloh,sorg lg baby girl dilahirkan...
Nur Ifti Liyana Binti Mohd Razie...

act,kteorg mmg tgu2 kelahiran baby girl yg sorg ni... coz,mummy dia merangkap maksu aku adalah maksu yg rapat dgn kteorg smua...aku?? adalah antara org yg paling excited skali selain family in law maksu aku n beloved husband dia...

baby ni sbnanya da lewat dari yg sepatutnya dia tgk dunia ni... seminggu lewat.. (patutnya aku suh dia kua mse 16/9/2011 aritu,snang..1malaysia cuti) heeee..atuk aku kata lak,maksu aku ni same mcm arwah nenek aku... lmbat lahir,baby girl la tu..klau ikut due,baby boy la tu..alahhh,janji smuanya selamat..

aku?? belum tgk lg... =( x sempat lagik la..balik da mlm..bila msenya aku nk pegi.. x elok dlm pantang nk dtg uma org mlm2... kang bt baby tu melalak...sape nk jwb?? tgu la weekend kang aku pegi... sbar eh my dear ifti... ur gojes sis will come...ngeeee...

maksu aku da ckp,klau dtg kena bawak hamper tggi aku... ahh sudah..mne aku nk carik tu kang...

03 October 2011

welcome back...

selamat datang ke page baru cik pelangi................ngeee..nti aku buat n make over bg cantek eh...