13 October 2011

Anak itu kupu2 syurga..






keistimewaan yg bakal diperolehi apabila anak2 anda bole digelar kupu2 syurga. barangsiapa yg mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah. org yg menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya..

ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan,tiada masuk ke dalamnya melainkan org yg menyukai kanak2..

barangsiapa keluar ke pekan muslim dan membeli brg2 dan kembali ke rumah dgn buah tgn untuk anak2nya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. muliakan anak2 dgn mengajar mereka adab dan ilmu agama. barangsiapa memuliakan anak2nya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap2 dosa yg dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkn anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah melihat Nabi SAW mencium cucu baginda,Hassan. Aqrak berkata

"anakku 10 org byknya,namun tiada seorg pn yg pernah aku cium."

sabda Nabi SAW; "org yg tidak pernah menyayangi tidak pula akan disygi."

brgsiapa ke pasar dan membeli sesuatu brg utk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah utk org yg sgt berhajat. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, brgsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

seorg lelaki bertanya," Ya Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti?
jawab baginda; "berbaktilah kepada ibu bapamu."

kata lelaki itu lagi ;" ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda rasulullah; "kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

wallahualam bissawab..