aku hargai...

12 August 2016

:: si lecha ::

ahad lepas lecha takde berjalan kemana pun..
ibu penat.. malam tu kteorang merayau ke ikea sampai 11 malam..
tah hape jela ibu tu carik pun.. 
bebalik kang asik senduk dengan bekas 3 beranak ikea tu je yang ibu beli pun.. kannnn... 
tapi lecha tengok ibu macam ade beli rak baru.. adoiii.. 
mana jela ibu nak letak tu.. almari baju lecha takde lagi ni... semua buh dalam bakul sampai penuh dah bakul lecha tu ibu oih...

eh.. ni bukan entry ikea kan.. cory2..
tercerita pasal ikea pulak.. 
panas betul malaysia ni.. dulu masa duduk dalam perut ibu, takde pun panas camni..
ke sejuk sebab ibu slalu beli starbucks dengan chatime? hurmmm.. nantila lecha tanya ayah.. 
bila panas2 gini terpaksa la lecha berkemban gini jeee.. 
ibu pun letak lecha dalam buaian tu siap mengadap kipas..
perghhh.. memang syok la lecha tido kan.. 

bila ibu nampak lecha dah separuh nak jatuh..
ibu terus kejut ayah.. uish.. melompat ayah bangun..
ish ish ish.panik ler ayah tuuuuu....



tapi lecha cool je..
tengok, takde pun lecha bising2..
tapi ibu cakap..

"ini budakkk aaaaaa... kalau jatuh, macamana?"

ishhh ibu ni.. kalau jatuh sakitla... kan..
takkan la jatuh boleh terbang pulak.. huhu
okey2 jangan melawak lebih2.. durhaka dengan ibu tak cium bau syurga tauuu..
sebab ibu cakap syurga kat bawah tapak kaki ibu..
so nextime lecha nak check betul ke ade syurga bawah tapak kaki ibu tu...
yok yok ooo je ibu tu kang...


lepas je kejadian ni..
ayah terus belikan lecha kain buaian siap berzip..
takut lecha jatuh ler tuuuuu....
so far lecha good je...kan...
lecha siap hayun2 kaki lagi kan..
power kan... hurm





No comments: