11 May 2015

:: perihal cahaya mata ::

rasanya memang sesiapa pun tau isu anak ni memang isu paling sensitif..
lagi2 pulak pada mereka yang masih lagi setia menanti kehadiran cahaya mata dalam hidup keluarga  masing2.. yup! aku jugak dikelilingi dengan akak2 yang masih menanti..
yang masih berusaha.. yang masih sabar mengharap..

aku memang tabik spring sebab hati dorang dipaksa kuat untuk berhadapan ujian Allah..
tapi, dalam pada menanti.. tak sangka ada jugak rupenya yang bermulut takde insurans..
seolah2 cahaya mata yang mereka ada tu adalah hak terpaling kekal..
yang tak mungkin diuji Allah.. 

kadang2 aku tak paham dengan spesis yang gemar tanya orang..

"eh! ko merancang ke?''

padahal orang tu baru kawen 2 minggu.. 
dan seolah merasa hebat sebab dah memiliki cahaya mata..
membizikan diri bertanya perihal anak pada mereka yang masih menanti rezeki tu seolah 
merasa hebat kerana dah berjaya..
seolah tak penah merasa gagal.. seolah tak penah merasa menunggu hadir yang namanya anak..
aku tak tau kenape hati aku macam disiat2 bila orang sekeliling sebarkan suara2 sumbang..

yep.. aku masih awal untuk berkata perihal anak..
tapi pada yang Allah berikan anugerah terhebat tu..
janganlah bertanya pada mereka yang masih menunggu..
bukan tak manis.. tapi lebih mudah aku gelarkan itu biadap namanya..
dan aku rasa ada baiknya mendoakan yang terbaik dan mudah2an mereka yang menanti diberi rezeki hebat tu juga lebih baik dari banyak tanya...

k bai..