aku hargai...

08 September 2016

:: gulai sardin ::

haaa.. korang penah makan gulai sardin?
aku tak pernah.. kemarin memang aku dah hilang sungguh idea nak masak.. 
tak tau ape nak masak sebenarnya.. last2 tanya la mr.capt ape dia nak makan?
tetibe dia cakap, "aaaaaa ibu reti masak gulai sardin?"

"gulai sardin?"

"yela, dia ada santan pastu macam kari"

"omaigod! macamana tu.. tak penah makan pun nih"

makanya laju2 laa aku call akak ipar kat kampung..
terus la akak bagi resipe sebab ayah lecha mengidam..

so klau korang tak penah nampak gulai sardin macam aku jgk..
ni haa rupenya lepas masak.. memang patutla kata kalernya macam kari..



resipe gulai sardin ala2 mak mertuaku...

bahan:
sardin 
bawang merah 3 bijik *aku pakai bawang merah kecik tu je*
cili padi *bergantung tahap nak pedas korang*
santan 

cara masak:

bawang merah dgn cili padi tumbuk...ketepikan
masak santan ikutla nak kuah banyak mana... 
lepas santan dah agak masak, masukkan bahan tumbuk tadi..
pastukan masukkan sardin dengan kuah2nya skali.. 
kacau sampai masak..

da siap!! 

sekarang laju2 masak nasi.. makan dengan nasi panas2 memang laaa ohsem ok!


No comments: