aku hargai...

22 July 2016

:: slot akasia "sayangku kapten mukhriz":

dah petang jumaat rupenya...
tak sabar tunggu malam.. ya ampun letihnya rasa..
semenjak jadi nomad kejap ke subang sekejap kang ke meru..
terus rasa macam takde masa rehat yang berkualiti dah..
kalau balik subang, nak kene kemaskan ape yang patut..
balik meru pulak dah berguling dengan lecha je...

tapi sempatla jugak lagi nak melayan drama sekejap2 tu..
eh! tetibe terjebak tengok drama baru ni..
pasal Dr ni yang jatuh cinta abis kat Kapten...
tengok Dr tu kemain sakan buat memacam nak nampakkan yang dia memang serius nau kat kapten tu..
terus teringat zaman2 nak dekat dengan ayah lecha..
sebijik sama..

tapi aku tak reti la nak masak laksa..
kiranya kegigihan dia nak masak ape yang kapten tu suka memang lebih kurang kegigihan aku jugak la dulu... malu? hurm.. masa tu kira konsep.. ai peduli hapeee!
aku suke.. aku la kene usaha kan...
tahap skill memasak aku masa tu, memang aku gunakan seteruknya... haha..
aku bangun pukul 4.30pagi nak masak nasi goreng je...
sebab aku kene gerak pi opis pukul 5lebih.. kiranya aku subuh plus bersiap semua kat opis je..
makanya pukul 6.15pg tu kira aku la manusia paling awal sampai opis...
punyela gigih kan.. letak breakfast kat meja dia..
kot mak aku tau ni.. kompem dia kasik aku jurus ketuk kepala ni..
sebabnya sampai sudah takde sorang pun family yang tau pasal pi mengorat ayah lecha tu..

kiranya bila tengok cerita "sayangku kapten mukhriz" tu memang terkenang abis la dengan kebolehan aku yang gigih gile tu.. ade je orang cakap.. eleh! sok dah kawen takdenya nak gigih gitu dah..
harapnya boleh la tanya seben ai tu.. penah ke ai bagi dia tido berlapar.. cuma tu la.. tak gemok2 pulaknya seben ai tu.. agaknya semua lemak dah transfer ke aku la tu... huhu...

korang bole la tengok cite tu..
takat nak santai2 takde rasa nak stress boleh la tengok..
tapi tu la.. oleh kerana dia tayang waktu maghrib..
makanya aku lagi suka tengok donload je...

sinopis dia malas aku nak taip..
gugel la sendiri.. =p




No comments: