12 July 2016

:: hari raya pertama kami ::

selamat hari raya korang semua..
tahun ni team raya mana? 
kiteorang 1 family team #teamrayatemerloh
hari isnin kiteorang da bergerak balik temerloh...
ai follow je mana syurga ai pegi.. 
kata tempat isteri disisi suami :p
muntahlaaa korang baca ni kan.. 
gara gara tengok "kau aku kita raya" malam tadik la ni...

kiteorang decide nak royal blue taun ni.. 
aku plak lepas pantang aritu memang takde la nak carik baju nak tempah pun..
sebab tempahan dah tutup.. adusss.. sediihhhh... 
so kite carik baju dah siap jela... 
lecha dengan ayahnya kite beli sama kain je.. 
ibu kene beli readymade sebab baju ibu yang sudah2 ni tak bole pakai lagi..
kene ibu kurus dulu baru bole pakai.. 

rupenya ramai jugak yang sama #teambiru dengan kiteorang..
bila skrol2 pesbuk.. family singapore pun semua royal blue..
family sini pun semua royal blue.. sedondon kedondong la kite ye...


ni budak lecha dah masuk 5 bulan..
pagi raya tu pukul 7.30 pagi dah bangun.. 
sengih2 macam tauuu je dia kene pakai baju baru kan.. 
taun 1st lecha raya sama2 dengan ibu ayah.. 
tahun ni kiteorang collect duit raya.. yeay!
ade lagik yang tak bagi lecha duit raya? wiwiwiwiwiiiii



orang lain semua macam2 ragam pagi raya..
leecha ok sikitlaaaaa.. ade la masa2 dia meragam.. 
tu pun sebab mengantuk.. haaaaaa... bangun lagik awal2...
pastu amukan nak tido... tapinya tulaaa.. asalkan masuk buai je.. tak bole la orang nak jenguk2 dia..
laju je sengih2 suruh angkat.. padahal mengantuk amat dah tu...


nampak muka ibu macam rileks kan...
sebab amek gambo je ni... belakang kamera.. ibu nak gigit lecha ni..
asik buli ibu je dia ye... tapi aritu ibu dah gigit jugak.. hahahaha..
tekejut ayah tengok lecha meraung.. laju2 ibu cakap xde papeeeeee.... 



jangan tak tau... lecha ni pantang tengok kamera.. 
macam retisss... asal nampak kamera pokus ke dia..
laju je dia mantain gitu.. so xde la gambo dia yang rosak goyang2 selama amek gambo dia...



janganlaa ingat senang nau nak amek gambo lecha tengah senyum sengih2 gitu...
jenuh jugaklaaaa semua orang agah dia.. sebab bila nampak kamera dia akan statik tak bergerak tengok apekah menda beso alam kat muka orang tu...ni la shoot paling cantik ibu tengok..
ibu rasa taun depan payah sikit la nak dapat shoot gini kot.. dah pandai berlari sok, jangan harap nak mantain amek gambo.. nangissss ibu takde gambo raya kang...




headband tu aunty mor yang buatkan..
setepek beso bunga atas kepalaaaa... aunty mor tu rajin nau2 buatkan lecha 2 headband..
kecik lagi gini boleh la nak letak memacam atas kepala tu..
time ni jela boleh agaknya.. hurmmmmm..
tapi ibu suka aksesori.. so lecha pun kene suka jugak!



seronok lecha kat kampung ayah.. semua orang angkat bawak lecha sana sini..
ibu baru letak lecha dalam buaian.. tengok2 uncle razali dah amek lecha..
pastu aunty2 pulak amek lecha.. haha.. sukaaaaa sangat dia ye orang bawak sana sini...




so ni la cerita pagi raya #teamtemerloh..
cerita korang macamana? best tak?
tapi agak2 korang prasan tak yang ibu takde cite pun kisah buat lemang.. nasi impit..kuah lodeh..isi balang kuih raya.. masak rendang...masak laksa? nasib baik atok dengan aunty2 lecha baik sangattt..
sebabnya semua pun bukan ibu yang buat.. disebabkan lecha tak bole kene tinggal...
so raya ni memang ibu nak kene pakai carrier je bawak lecha kemana2..

sekian cite raya lecha yang separuh temerloh separuh jawa ni..
selamat hari raya untuk ibu ayah..atok nenek.. atok temerloh..aunty uncle..
dengan ucapan ade lagik yang tak bagi duit rayaaa?? ;p