25 May 2016

:: magnum cafe malaysia @ midvalley ::

terbayang bayang lagik sedapnya aiskrim kat magnum... 
nyumss sangat..melting gile..
sebenarnya memula aku memang takde laaa rasa nak aiskrim sangat...
tapi hasutan kawan2 berjaya membawa aku ke magnum cafe kat midvalley...
acik lapa nasik kot... gile nak makan aiskrim je.. mau aku telan sorang2 kejap lagik..




last aku pi midvalley masa zaman dating dengan ayah lecha dulu..
tu pun sekali jela.. koser haku nak kesana lagik... da la jem hazab.. carik park pun payah kan..
so selepas 3tahun datang balik mid.. perghh.. lama sungguh..
aku memang tak reti la order menda kat sini.. yela, pestime kot..
rupenya magnum cafe ni ade 2 level..
level 1 untuk beli aiskrim je.. nak makan2 sambil melepak dengan food panas2..
sila naik terus tingkat atas.. then ade la orang layan nanti...
aku nak nasik! jadi aku nampak nasi dulu..



enviroment sini amatlahhh cantik.. style orang lepak makan aiskrim sambil ketawa sopan.. bukan macam makan kedai mamak ye...sentimental sangat gayanya..
masa memula magnum cafe bukak kat ioi city mall.. orang beratur kemain la panjangnya..
jadi tak terasa langsung aku nak masuk.. yela.. nak menunggu turn pulak lagik kan..
lepas brape tahun baru dapat merasa.. jadikla


kat sini pun ade set lunch ye..
ade nasik, spageti dengan tah pebenda lagi.. tak banyak sangat la main course untuk lunch set..




dah memang datang magnum memang nak makan aiskrim kan..
jadi dorang order la aiskrim yang memacam..
kat bawah ni trifle aiskrim.. sedapnya oih!
serius tak tipu.. sedap sampai makan pejam2 mata...
harga trifle ni rm25





ni nasik aku.. fried rice with ciken la...
pastu ade tom yam..
nasik dia takde la best sangat... kurang la pada aku..
kiranya kalau datang lagi memang tak mungkin la aku nak makan lagi nasik ni...
maybe aku order spageti.. sebab spageti dia sedap..




pastu aku order pulak aiskrim dia..
ni black forest dengan tah toping memacam.. sedap!
kalau beli kat kedai 4.50 kat sini jadikla 9.90 dengan toping tu semua..
makan sampai pejam mata jugak!


banyak jugak bintang nak bagi makan kat magnum cafe ni..
sebab sedap sangat!
tapi kalau nak makan slalu memang takla..
sebab harga dia agak pricey untuk melepak hari2.. wahahahhaahah!!













so korang boleh la try.. i suggest laa trifle aiskrim tu!
pakej lengkap sangat.. manis masam semua ade.. sedap!