07 January 2016

:: pengalaman suntikan DEXA ::

fasa 3rd trimester..
30 minggu dah berlalu rupenya..
dan sepanjang 30 minggu, macam2 dugaan, macam2 prasaan ada..
pastu dulu bila nampak kawan2 preggy, bawak perut..
tertanya2 lagi.. ape prasaannya jalan sana sini bawak perut eh..
sekarang.. merasalah Allah pinjamkan pengalaman sekejap bawak baby sendiri dalam perut kite..
serius, memang tetiap hari aku teringatkan mak aku...
macamana susah payahnya mengandung, melahirkan pastu besarkan aku ni yang super nakal..

Allah.. nangis lagi..

time2 macamni.. emosi sangat laa tak stabil..
dan aku rasa, aku lebih sensitif lebih dari biasa..
janganla nak try2 main2kan aku.. memang aku bole berubah 360 tiba2.. phew!

lepas je percutian 5malam kat spital serdang..
harini kene jugak pi attend jemputan khas dari spital serdang..
rencananya cuma nak repeat scan je kat klinik O&G..
rupenya lepas scan.. doc nabila pun check graf pembesaran baby..
doc nabila kata, aku kene amek suntikan dexa..
mati2 la aku ingatkan nak cucuk tu sama macam kat kk aritu..
yelaaa kan, aku da kene 2 kali aritu.. da kenape kene cucuk lagi..
siap tolong selakkan buku tu untuk doc lagi.. nak confirmkan yang aku dah kene cucuk.. takkan nak kene lagi kan... skali salah rupenya.. adoiiii..

doc pun xplain.. suntikan Dexa ni untuk ape sebenarnya...
aku pun, okla.. demi awak ye anak.. =)

masuk je kat lab..
nurse da info awal2.. ni sakit ye, kene tahan...
berulang kali la dia cakap yang dia nak cucuk jap lagi tu sakit..
aku pulak sebab da biasa sangat kene jarum semenjak preggy ni..
tidakla aku amik pusing pun.. yela, pada aku macam sakit sikit jela agaknya..
walau aku takut jarum sebenarnya.. -_-''

elok je nurse suruh baring..
aku da start nebes lain macam..
rupenya bila nurse kluakan jarum je..
mengigil aku menahan sakit, mujurla besi katil tu strong sikit..
kot tak, tak tau la.. sebab aku da rasa sakit sangat2 haih..
kesudahannya.. mengalir jugak airmata.. terasa bisa sampai ke tulang..
Allah.. mohon kuatkan semangat aku untuk lahirkan zuriat kami dgn selamat & sihat..
malam nanti kene 2nd dos pulak.. phew..

seriau balik..

ni maklumat yang aku dapat dari ape yang aku gugel berkenaan Dexa..
kot tak, haram nak tau ape kejadahnya Dexa tu..




apakah itu suntikan dexa?
dexa merupakan pemberian kortikosteriod kepada ibu2 hamil yang berisiko melahirkan bayi pra-matang diantara minggu ke 24 hingga ke minggu 36 kehamilan. risiko kelahiran pra matang boleh dilihat apabila ibu2 hamil mengalami konstraksi pra matang, air ketuban pecah @ meleleh atau apabila tanda2 kelahiran lain telah bermula.

siapakah yang memerlukan suntikan dexa?
suntikan diberikan kepada ibu2 hamil yang berisiko mengalami kelahiran pra matang ketika usia kehamilan di antara 24-36 minggu. selepas minggu ke 37, suntikan tidak lagi diperlukan kerana diusia kehamilan ke 37, paru2 bayi dikatakan telah matang sepenuhnya.

apakah kegunaan suntikan dexa?
seperti yang sedia maklum, paru2 bayi belum matang sehingga minggu ke 37 di dalam kandungan. oleh yang demikian bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (pramatang) berisiko mengalami masalah pernafasan yang boleh membawa maut.

menurut kajian, pemberian suntikan ini telah menunjukkan pengurangan yang disignifikan di dalam masalah pernafasan (RDS) dan pendarahan intraventricular yang sering terjadi kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. walau suntikan berkemungkinan mempunyai sedikit side effect, tidak dinafikan bahawa ianya membawa lebih kepada kebaikan kepada bayi yang berisiko dilahirkan tidak cukup bulan.

berapa lamakah suntikan ini perlu diambil?
suntikan diambil secara pasangan iaitu dos kedua diambil selepas 12 jam dos yang pertama.
setiap dos mengandungi 12mg 1m Dexamethasone.

Mudah2an la perjalanan yang berbaki sikit je lagi ni berjalan baik2..
mudah2an Allah swt lindungi kami berdua.. amin..