aku hargai...

22 December 2015

:: ayam serai ::

1 ekor ayam yang dah diperasa kunyit + garam
serai diketuk 7 batang
bawang besar 8 biji -kisar
bawang putih 1 buku -kisar
cili kering *bergantung tahap nak pedas* -kisar
halia 1 inci -kisar
daun kari *banyak pun takpe, wangi*
kicap *aku guna kicap bilal*

cara : gorengkan ayam tadi.. 
jangan sampai garing.. kite nak dia ala2 juicy2 lagik camtu..
da masak bole angkat dan ketepikan...

tumiskan serai yang diketuk menggunakan baki minyak goreng ayam tadi..
kemudian masukkan daun kari..
tumis sampai wangi kemudian masukkan bahan2 kisar dan kicap..
masak sampai pecah minyak ye... 

perasakan dengan garam + gula secukup rasa..

pastu ape lagik?


 jom la makan!! 





No comments: