15 October 2015

:: kisah mee maggi ::

aku ni bukan la orang yang gemar sangat makan megi..
ade je stok megi kat rumah.. tapi macam biasa memang tak sentuh la..
sebabkan hari2 baik time hari bekerja ataupun cuti memang aku akan masak.. 
sebab mr.capt memang taknak makan kat luar.. 

Alhamdulillah.. 
setakat ni aku rasa sempat je aku nak kejarkan siapkan makan malam lepas balik keje.. 
1 jam bole la aku nak campak itu ini.. dan aku rasa belum pernah lagi aku hidangkan mr.capt mee maggi sebabkan aku taknak masak.. sedangkan dengan keadaan sekarang yang cepat penat.. ade je option aku nak rebus mee maggi.. tapi betapa tak sampainya hati nak hidangkan megi je kat suami.. adoiii.. aku cakap untuk tempoh sekarang la.. akan datang sape la tau kan.. so, tak payah la kita cakap untuk isu akan datang..

bila kat opis, kadang2 ape yang kawan2 makan tu memang memainkan peranan buat rasa teringin..
yela, sekarang ni lagi la aku memang cukup payah nak telan nasi.. langsung tak lalu dek tekak..
kat opis ni tak penahnya aku sentuh nasi campur.. baik jual kat cafe @ kat luar.. 
jarang sangatla haih.. memang takde langsung selera nak ke nasi..
tu yang kemarin nampak orang makan megi.. dia punye teringin lain macam..
padahal kat rumah ade je maggi pun.. tapi tetaplah nak yang kawan2 buatkan..

skali up gambo megi, kemain ramainya yang ceramah, jangan amalkan makan megi la.. memacam lagik la...yup.. betul la fast food semua ni bukan la elok sangat pun.. tapi janganla cakap marah aku macamkan aku setiap hari makan meegi tu.. terasa sungguh kot.. 
cakap sekali cukup dah... aku sendiri tak penah pun tegur orang ape dia nak makan..
langsung tak penah usik.. ikut ler sana.. pandai2 la jaga diri sendiri..

aku pun membaca jugak bole ke nak makan megi time2 preggy ni..
selamat ke? baby okey ke? nak kata aku ni degil sangat..
rasanya klau dah abis degil.. lama dah hari2 aku pi check in kat chatime.. 
teruskan je ketagihan aku dengan coffee smootie tu..
takdenya aku stop sampai sekarang dah berbulan aku tak usik.. 

sempat la aku check kat babycenter..
boleh ke nak makan mee segera nih..
ni link dia.. sila la uols baca... 


Jika anda terasa hendak makan mi segera, pertimbangkan tip-tip ini: 
  • Tambah hanya separuh atau kurang daripada separuh perasa yang terdapat di dalam paket untuk mengurangkan pengambilan garam.
  • Tambah ramuan lain seperti telur rebus, ayam masak, udang, bebola ikan masak, bebatang ketam, sayur-sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam atau siew pak choy, atau sayur-sayuran lain seperti lobak merah.


thanks maifarah & linda..
masakkan ai yang teringin megi korang masak..
rasa selesooo terus perut ai.. hihi.. =)