aku hargai...

27 August 2015

:: mencintaimu ::

sape tengok drama baru tv3 yang ganti syurga nur tu?
aku tertengok pastu terfollow pulak..huhu..
sebab last week aku memang pack dengan memacam hal..
so, aku tak tau pun ape ending cite syurga nur tu..
tau2 dah ade cite baru..

memula rasa macam so so jela cite ni..
sebab macam sama je dengan drama2 lain kan..
tp dah masuk episod 5 ni, eh.. macam okey..
pelakon baru yang jadi anissa tu pun okey jela..
takdela teruk sangat kakunya..
lagi2 pulak sharnaaz memang pandai bawak watak kot..
ade la kelakar2 sikitttt.. tak boring sangat...
sebenarnya yang lagi best lagu dia..
faizal tahir & elizabeth tan..
eh! tetibe...hahaha....

tapi ntah kenape aku rasa aku lagi minat cite hongkong..
ni semua sebab tertengok balik drama hongkong masa hari sukan hari tula..
memang tekun sungguh tengok.. dulu2 mana ada sangat drama episod panjang2 ni..
ade pun cite hongkong jela..episod panjang2 pun sanggup tunggu..
lagi best klau klua rumah petang mesti dah ade kt rumah tak klua2 sebab tunggu cite cina..
mak aku penah je sampai marah sebab angkut pinggan, makan ngadap cite cina...
sama kot kesnya dengan bebudak sekarang yang kipas mati dengan korea..
malangnya aku tak minat korea.. -_-''

da kenape pulak aku cite pasal cite hongkong ni..
adoiiii... jauh terbabas...











sinopsis mencintaimu..

Mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Anissa (Zahirah MacWilson) dan Hisham Dato’ Hanafi (Sharnaaz Ahmad). Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia telah bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit. Namun ibunya, Juhara, tidak menyokong tindakannya kerana dia lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya, Saiful. Bapa Anissa, Zali, tidak membantah apa saja yang Anissa mahu lakukan.

Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi. Di sana, Anissa menyukai Hisham secara diam-diam. Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Oleh itu, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar. Malu dengan penolakan Anissa, Hisham bertindak untuk menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan.

Sebenarnya, Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya. Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia telah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham mula berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa. Dia menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas. Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa.

Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa. Akhirnya, permainan Hisham telah menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa. Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol oleh Hisham. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan. Dia telah dihalau oleh ibunya dan juga diberhentikan oleh pihak universiti. Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat.

Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air dengan penampilan baru dan bekerja di syarikat keluarga Hisham. Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri. Atas desakan keluarga, Hisham telah bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali?

tapi aku rasa last2 mesti anissa kawen jugak dengan hisyam..
drama melayu kan..
well.. pusing2 tang mana..
jumpa jugak lagi..

1 comment:

Ida Puanstoberi said...

tak best. malas nak tgk. sbb jalan cerita semua buleh "baca" dah.

suka citer hongkong, nanti buleh pergi hongkong. bawak anak2 main kat disneyland n ocean park.. bestttt sgtt.. :D