25 June 2015

:: udang telur masin menu berbuka ::

aku pun tak ingat hari bila aku buat udang telur masin ni..
macam 2 3 hari lepas kot... 
macam tu la kotnya...

pestime aku makan udang telur masin ni..
masa kak tia belanja sempena besday aritu kot..
terus rasa macam.. eh! sedap pulak..
bole buat ni..

jenuh laa gugel resipe sana sini..
yang mana aku rasa macam cantik sikit jadinya tu kan..
so.. meh aku sharing cara nak buat...
nah kak kak alynn kite dah sharing... wiwiwiiiii




rupenya punye la senang sangat nak buat..

bahan2:
udang (ikut la nak banyak mana kan)
garam secukup rasa
serbuk kunyit 
minyak

..................


3 sudu butter
3 biji bawang putih cincang
9-10 biji cili padi (nak pedas banyakkan je) 
2 tangkai daun kari
1 biji telur masin (rebus sampai masak)
1 sudu kecik gula
5 sudu susu segar

cara:
asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. ketepikan
udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit.
goreng udang sekejap sampai berubah warna. angkat dan ketepikan (buang semua lebihan minyak)
panaskan butter dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab telur masin kan dah masin.. =) )
kacau rata dan masukkan udang..
biarkan masak dan bole makan!

.....................

aku pun pestime buat..
semua kata okey..
so bole la buat lagi later2 kan.. hewhewhew