aku hargai...

10 June 2015

:: manusia dan soalan ::

memang sumber inspirasi sangatlaaa kan..
aku memang tengah elok je cari point pasal orang yang gemar amat dok berlawak lucah ni..
bila kalong cite pasal lelucon hambar & slapstik.. terus aku teringat dengan sesuatu..
yela.. maklum, baru menikah kan.. sure ramai amat yang mengusik..

aku ni nak kata penyabar amat tu takdela...
sebulan tu okey jela kene usik je kan..
tapi dah masuk bulan ke 2 macam tak reti stop pulaknya..
ade jugak terfikir.. "ngko ni bodo ke ape?"

tapi tidaklah aku sound lagi sehebat aku sekali sembur je bila orang bercakap isu anak..
aku tak tau kenape orang gemar sangat dengan lawak2 lucah..
betul jugak la kata kalong.. asalkan nampak orang datang lewat ke opis disebabkan malam kemarin adalah "malam jumaat" laju je cakap.. letih nampak..
tu belum lagi dihurung soalan paling bodoh.. sampaikan sanggup tanya orang pasal rumahtangga orang lain..

aku tak tau kenape macam dah hilang sungguh rasa malu nak bertanya orang soal private...
dan aku tak tau ape sebenarnya tujuan untuk dapatkan jawapan tu.. serius aku tak tau...

banyak jugak la klau nak kata tak puashati.. dan ape yang aku baca kat page kalong ni memang aku rasa kene sangat dah... kalong memang akan bagi details sebelum bercakap.. bole refer SINI..
sekarang ni aku rasa, aku mengelakkan bercakap dengan manusia2 yang tak reti respect life orang lain.. seolah hilang sungguh hormat pada orang.. haih...

tu belum lagi sibuk bertanya.. dah ada isi? bila nak hanimun? 
tapi bila aku hamburkan balik soalan yang memang sesuai amat kat dorang..
tau pulak marah.. mentaliti.. bila kita tanya, marah.. bila dia.. bole sesaje...

ape kejadahnya sibuk nak tanya orang hanimun ke tak?
ade request kos perjalanan kat dorang ke?
ade tanya ke pendapat dorang? rasa macam takde..
so tak paham kenape kene tanya camtu..

macamkan.. aku yang tak hanimun, ko yang panas??!!
kang bila cakap.. kata tak sporting..
tapi orang bodo je bole stay sabar bile kene soal benda sama ulang2..

aku ni punyela semudah2 manusia..
mana suami aku bawak, dah besar rahmat...
aku rasa dia bawak aku balik kampung pun dah rasa seronok sangat..
sebab untuk orang yang tak pernah ade pengalaman balik kampung macam aku..
terasa nak melompat2 happy bila suami kata nak balik kampung..
lagi pulak dengan enviroment kampung suami yang berdepan sungai...
seronok dia, lain macam..
terus rasa hanimun paling hebat.. lagi2 bila mak mertua layan baik..
ape lagi yang nak dikata hanimun?

maybe pengalaman hanimun hebat uols yang ke merata tempat tu yang paling hebat pada pandangan korang agaknya.. bersyukurlah apa yang ada..
manusia ni kehidupan kita berbeza..

belum kawen.. tanya bila nak kawen?
dah kawen.. tanya bila nak dapat anak?
dah ada anak sorang.. tanya bila nak tambah?
dah tambah sorang.. tanya pulak tak rancang ke?

teringin sungguh nak tanya balik..

dah lama sangat hidup ni.. bila nak mampus?
kubur dah tempah ke?


manusia dan soalan yang tak dapat dipisahkan...

No comments: