11 March 2015

:: size kaki 8 tapi sarung kasut size 5 ::

Assalamualaikum


orang kata terlajak perahu bole undur tapi terlajak kata sendiri tanggung..
Aku da mula rasa hebat nau ke membandingkan orang ni dengan orang tu? macam pening sikit kan.. tapi takdela pening sangat pun sebenarnya cuma lebih kepada rasa annoying dan menyampah.

orang kata da bukan calang2 menyampah da. tahap kalau ade kayu besbol dah aku hentakkan dah.. mengenangkan dia manusia jugak je.. lately ni aku memang ade dengar la cerita2 tak best sepanjang counting days kononnya nih.. 1st yang aku tak paham kenape rajin bawak mulut bercerita kat orang  lain yang ngko gigih sangat nak saingkan orang ni dan orang tu kemudian ngko benamkan pulak orang yang ko tak suka tanpa tau latar belakang tu kononnya ngko memang dah kenal sangat la perangai dan watak orang tu macamana.. okey, aku paham ni lagi pening.. 

kemarin ade la gaya seorang makcik2 yang kononnya bekerja dengan agensi carik jodoh kot.. kot laaa..kemain lagi mencanang sana sini betapa dia punye misi untuk memasangkan orang ni dan orang tu.. nampak macam ooh..okey, takde menda yang weird pun kan.. tapi oleh kerana perangai makcik2 yang melampau sangat ni menjodohkan orang sampaikan gigih bandingkan orang tu dgn aku.. yes! that part yang memang nampak aku terasa nak amukan..  okey2 aku memang da rasa annoying gile.. kot ye pun gigih sangat, tak payah la nak bandingkan watak seorang perempuan ini dan perempuan itu.. annoying nak mati kot.. betul la aku mengaku, aku memang kasar pun.. cakap kuat.. jalan tak reti catwalk..tak kurus slim pun.. tinggi? lagilaaaa harapkan tinggi kasut je.. tapi dah kenape nak jadi so makcik2 kampung yang bawak mulut sana sini semata nak hentam aku pulak?

memula dengar dari mulut orang, aku bole lagi sangka baik..tapi dah ngko sanggup mengejar aku..
pastu dalam pada bertanya siap hentam aku lagi.. ko ni nak kene hentak ke ape? okey2 memang ayat aku da mula rasa kasar.. mungkin ye, sikit2 aku dah mula rasa macam malas nak amek port ape orang cakap.. tapi, kalau dah dicucuk menda sama je.. rasa menyampah dah bersarang jugakla.. lagi2 pulak perwatakan aku memang bukanlah ade gaya2 pempuan ayu melayu terakhir jalan sopan, bersimpuh bagai.. tapi at least aku tak suka nak bergaduh dengan orang.. aku tak suka nak bantah kalau dah tu namanya arahan.. aku tak suka nak bertekak semata2 benda yang konon aku suka dan pertahankan tapi takde persetujuan orang lain.. oih! jangan bandingkan seolah2 tau sangat life style orang macamana.. 

 tak semestinya orang yang kita nampak ayu sopan..jalan slow.. semua tersusun tu dah kira perfecto gile.. dan jangan pulak sangka orang yang kasar, nampak asyik nak menumbuk orang je tu adalah makhluk yang paling tak mungkin berubah.. jangan sangka macam tu... Allah ni nak terbalikkan hati kita senang je.. ini kan pulak Allah nak detikkan kita berubah.. dan tak payah la letakkan konon2 kita ni ade dalam size kasut orang sedangkan kita tak muat pun nak pakai kasut orang tu.. serius annoying..