19 June 2013

NO WORDS ;)

susah nk jadi sahabat yang bole dikatakan setia..
tapi hati ni.. aku belajar 1 perkara.. 
yg lahiriahnya walau tidak sempurna... tapi aku rasa itu yg terbaik utk ikatan sahabat antara aku dan mereka.. ntah, aku mcm dipaksa utk mengatakan.. ye! aku sahabat dia..

ceritanya bermula..
tanggapan pertama ketika melihat dia...

dia bakal bawak masalah kt aku!
dia ni kaki bodek!
dia ni mcm perisik.. fbi kot.. ishhh!
dia ni apesal bole tercampak kat sini eh.. mesti jd spy si polan ni.. huh!

selepas beberapa ketika...
tanggapan berubah..

aku tiada kata2 lainnya..
sekadar menerima dia ape adenya.. 
kerana dia menghormati pendirian aku ape adanya...

susah nk explain ape sebenarnya yg jadi hari ni..
tp kerana hari ni.. aku belajar sesuatu..
erti menghormati hak privasi dia dan mereka..
cuma 1 persoalannya.. 
kenapa agknya, perkara sebegini mudah2nya disalah erti?
bagaikan tidak dipercayai..

namun... naluri kuat menangkis..
apabila diduga dgn hadirnya parasit yg berkelakuan serba hebat..
haha.. sayangnya.. tidak dapat menangkis rasa percaya aku pada dia.. 
sayangnya.. nilai sahabat pada aku adalah yg tertinggi menjulang ke atas sana..
satu yg aku cuba sampaikan pada sesiapa jua...

hormati walau dalam ape jua situasi keadaan sahabatmu..
inshaAllah.. segalanya pasti serba sempurna..
walau bukan 100% nyatanya dia sempurna..

kepada mereka yg di sekeliling aku...
walau ape jua jadi.. mungkin bukan aku dulu yg akan kedepan..
tp cukuplah aku sebagai pemerhati yg menghormati dasar hak dan kepentingan kamu2..
kerana aku juga manusia.. kerana aku juga bukan serba sempurna.. 
kerana aku juga tidak lari dari salah dan silapnya..
tp mewakili diri aku dan mereka..

hormati dasar peribadi mereka sudah cukup membuatkan dirimu dapat disayangi seikhlasnya..