29 January 2013

wajarnya aku DIAM


ramai org kata hidup si kental ni mmg mudah.. kenapa? ntahnya... 
org yg ckp.. aku? cuma memandang persepsi si kental tanpa sebarang perasaan yg mudah atau sukar.. biasa2 je... bak kata mereka.. 50-50.. susah menjadi si kental yg x mudah memperjudikan perasaan utk jadi bahan permainan.. mungkin aku da mula fahami perasaan si kental.. 
dan mungkin juga aku sedang menjadi seperti si kental.. si kental yg tidak dipengaruhi mahupun mempengaruhi sesiapa... 

semakin aku cuba menghampiri si kental.. semakin aku fahami.. xmungkin aku dapat capai mimpi seperti idaman si kental.. kerana pilihan tiada dan bukan ditangan aku.. semakin aku cuba.. rupanya semakin aku lupa yg aku cuma manusia biasa tanpa ada keistimewaan sebagaimana impian dan mimpi si kental.. alangkah susahnya memiliki perasaan sebegini.. 

DIAM

kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

TAPI

biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

KERANA

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud

MAKA

jika kita merasakan DIAM itu terbaik
seharusnya kita DIAM
namun seandainya DIAM kita bknlah sesuatu yg bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM.. 

selama manalah aku mampu diam.. tatkala saban hari betapa rendahnya aku...

T_T