28 December 2012

bersyukurlah ditemukan semula jumaat ini

ape al kisah cerita kita hari jumaat nih? 
senyum simpul saje.. xde ape pun yg fun.. 
sekadar mendengar dan masih terus mendengar.. 
rumors apekah ni? haha

hanya yg dapat menilai dapat tau jawapannya.. 
walau aku cuma ada sikit je perasaan simpati yg berbaki skrg ni.. 

Alhamdulillah Ya Allah..
saat dikau berikan aku sedikit kesempatan utk mengenali dunia.. 
dikau berikan ku kesempatan jua utk aku semakin tabah dan cekal dalam menghadapi ape jua rintangan yg ada dlm hidup ni.. 

sedang aku membaca ni.. hasil carian disini
sesungguhnya aku amat tersentuh.. dalam pada aku leka saban hari mengejar dunia.. 
aku terleka panggilan2 dariMu Ya Rabbi..
lemahnya aku dihadapanMu Ya Rabbi.. 


Panggilan pertama adalah Azan‘
‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, samaada hambaNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya pada hari kebangkitan nanti’.


 Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak ada duit tiba-tiba dapat duit dan dapat pergi. Yang kaya raya duit bertimbun-timbun, tapi tak ada kesempatan pula hendak pergi. Ada yang memang merancang dan terkabul. Tapi ada juga yang sebaliknya.

Ketika kita memasang niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaikallahummalabbaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.

Mata saya semakin berkaca-kaca. Subhanallah. Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan. Alhamdulillah.


panggilan ke-3 adalah KEMATIAN.
Panggilan ini Allah tidak memberikan sebarang tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya adpat menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.

Jawablah 3 panggilan Allah dengan TAQWA.
Insya Allah syurga adalah balasan untukmu…’
sesungguhnya CINTA ALLAH swt kepada hambaNYA Maha Hebat, TIDAK BERSYARAT tapi cinta hamba pada NYA, sangat ringan, umpama debu beterbangan.... melekat bila ada air.. (ada masalah).. bila air mengering.. debu pun terbang lagi.. begitukah erti BERSYUKUR kepada Yang Maha Menjadikan kita?
 

kenangan sebelum SPM..
terpaku lama melihat gambaran diri sendiri ketika dlu.. 

Ya Allah, Hampirkanlah aku dgnMu..
aminn