aku hargai...

27 November 2012

salasilah keluarga ultraman

petang ni kte cite pasai ultraman yek kengkawan.. 
maklumlaaa.. smlm ade la hamba Allah ni suh aku google pastu hapal smua salasilah ultraman.. 
*mcm laaa ko baca blog aku kan yg aku nk explain kt sini*
xpe.. oleh krana dia ni seorg yg mmg xpenah amek port pn aku ade blog ke ade fb ke x.. makanya marilah kte mengutuk dia dgn riang gembiranya kt sini.. 
member ni mmg slalu buat aku mental.. aku ckp A.... dia blasah smbung smpai CDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ... 
mampu ko nk melayan kerenah sengal dia tu? xpe...
aku rse aku pn da habis sabar ni.. agk2 payah kang.. aku bom je keta dia.. 
ape ade hal.. muahahhahaha...

untuk pengetahuan tuan2 dan puan2 juga kpd member aku td ni...
ni adalah... ULTRAMAN COSMOS...
mcm aku ckp dgn ko mlm td laaa... ko ingat ko haibat sgt nk jd ultraman cosmos? 
tggi tu mmg posible laa.. klau lempang aku cnfirm aku pengsan...
muahahahha... tp dek krana tahap lelemak ko yg kurg.. makanya... lupekanla haih...


ni namanya ultraman taro... 
tp jgn tnya aku ape kaitan dia dgn ultraman cosmos.. 
sbb yg aku tau .. sama sebab dia adalah ultraman.. 
muahahahahaha..





ni namanya ultraman mebius yek kengkawan..
ultraman ni xtau pn dia ade adik mahupn abg serta kakak..
jd abaikan.. haha


ultraman paling hodoh ni.. adalah ultraman saga?
ape?? da cm proton saga??
layannnn..... proton amek nama sempena nama dia ni laa..
ko ingat sesenang dia nk bg?? royalti byk ni
sebab tu dia dpt pi repair rambut dia bg tegak2..
hahhhh.. gitu.. 


ni rasenya komik zaman jahiliah kot.. 
muahahah.. aku x penah jumpe daaa
peace!




secara teorinya..
aku x rase ni adalah salasilah sebenar kluarga ultraman..
sebab mcm ade yg kurg je kan.. 
*ckp mcm laaa ko tau na lak aih pasai ultraman ni* 
haha



hensem2 juga smua ni yek...
tp nk panggil seko ke org??
hahaha...
klau org mana ade tanduk...
tu menatang... hahaha





tapi xkn terbanding dgn ultraman ni.. ni lah yg paling haibat lg berjaya membuatkan anak2 tersenyum girang lg riang.. 
muahahahhaha



ni aku copy je.. xyahla ko caye sgt aku amek port benda ni.. cite doraemon pn aku x katam lg haaaa... makanya percayalah ape yg aku copy ni haaa...
nak maklumat lain...
sila layari...
www.ultramansesatbarat.ikutsukaaku.com
sekian..

Ultraman
  • Tinggi: 40 m (130 kaki)
  • Berat: 35,000 tan
  • Umur: 20,000 tahun Bumi
  • Kelajuan terbang: Mach 5
  • Ketinggian lompatan maksimum: 800 m (2,600 kaki)
  • Kelajuan larian: 450 km/h (280 bsj)
  • Kelajuan renang: 200 knot (230 bsj)
  • Kekuatan fizikal: boleh mengangkat sebuah kapal tangki 100,000 ton (raksasa Skydon dua kali beratnya)
  • Pekerjaan: Guru di Universiti Angkasa; Ketua Pejabat Bima Sakti Garison Angkasa (宇宙警備隊銀河系局, Uchū Keibitai Gingakei Kyoku?)
  • Struktur keluarga:
  • Bapa: Pengarah Lembaga Keselamatan Angkasa
  • Ibu: Guru di Sekolah Ultra
  • Bentuk manusia: Shin Hayata (perumah)
  • Alat Penukaran: Beta Capsule



Makhluk asing durjana dan raksasa gergasi mengancam tamadun manusia tanpa henti-henti pada masa ini. Satu-satu pertubuhan Bumi yang dilengkapkan untuk menangani malapetaka ini ialah SSSP (科学特別捜査隊, Kagaku Tokubetsu Sōsatai, Science Special Search Party), seangkatan polis khas yang banyak cawangannya di seluruh dunia, dilengkapkan dengan senjata dan kenderaan berteknologi canggih, serta kemudahan sains dan kejuruteraan menyeluruh. Cawangan SSSP yang diberi tumpuan dalam siri ini terletak di Tokyo, Jepun. Pasukan peronda yang diketuai Kapten Muramatsu ini sentiasa bersedia melindungi Bumi daripada raksasa yang bermaharajalela, tetapi kadang-kala pasukan ini kelihatan tidak setanding dengan raksasa-raksasa. Apabila situasi kian mendesak, Hayata, iaitu ahli yang paling berupaya dalam pasukan, memegang kunci kepada penyelamatan dalam bentuk Kapsul Beta yang dipasangnya untuk bertukar rupa (secara rahsia) menjadi gergasi berkuasa luar biasa yang mengagumkan dari angkasa lepas - Ultraman.

Apabila mengambil bentuk Ultraman, badan manusia Hayata mengalami suatu koma yang panjang, dan bangkit hanya selepas ancaman telah dihapuskan dan Ultraman meninggalkan tapak dengan sendiri. Bagaimanapun, kemenangan tidak pernah sesekali dijamin kerana kuasa Ultraman - kuasa hidup sendirinya - datang dari kuasa matahari simpanan yang cepat habis. Pada permulaan setiap penukaran dari Hayata ke Ultraman, lampu amaran pada dada gergasi ini mengeluarkan warna biru dan tenang. Namun apabila Ultraman bersungguh-sungguh, lampu itu bertukar merah dan berkelip - mula2 perlahan, kemudian beransur2 cepat - semasa simpanan tenaganya makin kehabisan. Seperti yang diingatkan suara latar pengisah dalam setiap episod mulai episod 2 - jika Ultraman sesekali kehabisan kuasa sepenuhnya, dia "tidak akan bangun lagi".

Sehingga ke hari ini, masih tidak diketahui punca sebenar banyak raksasa suka menyerang kota Tokyo, diulangi - hanya bandaraya Jepun sahaja. Mungkin raksasa tersebut suka kepada perempuan2 jepun yang mana kesemuanya berkulit cerah? Ana sendiri pernah membuat permohonan supaya ditubuhkan cawangan SSSP di Malaysia. Manalah tahu kalau Raksasa datang menyerang nanti, ada juga SSSP yang boleh membantu. Tapi Kapten Toshio Muramatsu ketua SSSP mengatakan tidak mungkin raksasa berminat untuk menyerang bandaraya Kuala Lumpur kerana cuaca di sini agak panas, tidak sesuai dengan habitat kebanyakkan spesis raksasa, jadi cawangan SSSP disini tidak perlu

No comments: