30 November 2012

hukum membuka aib org...



aku bukan la malaikat kan.. yg bole baik sepenuhnya baik.. ade masanya aku slalu jgk salah langkah... tapi kali ni aku nk share 1 cerita... cite ni pn bknlah aku dgr dari org lain.. tp terjadi kt aku sendiri.. *aku xdpt maafkan si pembuka aib org ni lg.. sbb aku bukan malaikat.. makanya ape aku taip adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.. * susah sebenarnya nk percaya cerita ni.. tp tu la kenyataan yg sebenarnya susah aku nk trima.. mungkin ye, aku akui aku agak2 marah bila aku tau cerita sebenarnya....

aku kenal seorg wanita yg aku rse elok nk bg nama sebenar ke hape skang ni? x yah kot kan.. lgpon dia mmg slalu stalker ape aku taip.... haha... xpe2, silakan.. aku on blog ni pn utk org baca.. bkn peram.. haha... elok panggil dia puan kepoh la yek.. haha.. tu yg sesuai.. aku kenal dia pn bkn la lme mne... x smpai pn 10 taun.. tp klau ikut dari segi perwatakan mmg la... puan kepoh ni x terjangka yg dia adalah begitu rupe... yela... tutur bicaranya mmg sgt lembut.. tp mse tu pn aku layankan je.. walau ade yg info aku.. hati2 kawan dgn ular.. aku agak terkejut knp.. sbb aku x tau ape2.. maklumla.. aku ni jenis.. org baik.. aku pn baik laaa.. xde la plak aku nk carik pasal x memasal kan.. lama kelamaan.. aku nmpak true colour tu.. 

aku kena dgn si puan kepoh ni 1 st time da lama kot... cuma aku x pasan je.. macam aku ckp.. org baik.. jadi aku layanla baik.. tidakla aku layan bebukan kan.. 
tp apabila setiap cerita aku dijaja kesana sini.. aku makin konpius.. mana agknya dtg cerita tu smua.. yg dikabarkan pada aku.. "aku ade dgr org bercerita pasal ko, aku syg kt ko.. x suka org burukkn ko... " oh ya? tp aku seolah terfikir sendiri.. situasi ape lak yg org cite.. tp knp aku xtau.. smua org aku tnya.. tp xde lak sape pn tau cite apekah yg dikabarkan memburukan aku.. ahhh.. malas pk la.. lantak situ.. makanya aku biarkan la benda tu blah cmtu jer.. xde la aku pk lg da.. tp bila terjadi lg dan lg.. dan sumbernya juga dari org yg sama.. aku rasa, aku faham skrg dari mne sumber keparat tu smua datang.. muahahhaha... 

aku mcm blur gak la memula tau pasai hal tu smua.. seolah.. *eh, ko bukan kawan aku ke?? knp ko puncanya????* tu mmg soalan yg aku sendiri x jangka sebenarnya.. knp benda tu terjadi da terjawab.. terima kasih la bebanyak yek cik puan ular lidah bercabang sbb bg aku pahala yg ko kumpul tu bebanyak kt aku.. aku xnk benci ko.. tp aku rase da sampai masa ko blah dari hidup aku... 
sesungguhnya SEORG PEREMPUAN SEPERTI KAU.... ADALAH ORG YG TIDAK LAYAK DIBUAT BAIK.. 

aku mmg harap ko baca ni... 

�Barangsiapa yang menyingkap aib keburukan@dosa saudaranya yang Muslim, Allah akan menyingkap keburukannya sehingga dia akan terhina meskipun di rumahnya sendiri.� (Hadis riwayat Ibnu Majah)daripada Ibnu Abbas. 

hadis penuh mengenai aib

1. “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

2. “Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)

3. “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

4. “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (HR. at-Tirmidzi dan Abu Daud)

5. “Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.” (HR. al-Bukhari)

6. “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”

7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yang minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: “Kalian pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah-mudahan Allah menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yang demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan syaitan)”. (HR. al-Bukhari)

8. “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)

9. “Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

10. “Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

link penuh bole la klik sini..





aku bukanlah seorang kawan yg baik jugak..
tp serasanya, aku x tergamak lg nk tikam kawan baik aku sendiri...
yup! aku adalah manusia biasa yg mmg ade buat silap..
penah buat silap..
dan aku x suka ditegur dgn ayat yg bagaikan malaikat, lembut gigi dari lidah.. sedangkan dalam masa yg sama ko lah gunting dalam lipatan.. ko la duri dalam daging..
ko la bisa yg menjalar laju tanpa kenal erti simpati...

selagi aku bernama manusia.. aku akan pertahankan yg benar...
andai perkara tu mmg benar dan x salah..utk ape aku menidakkan??
penjelasan aku pada siapa yg kabur tentang siapa yg aku maksudkan diatas..
aku xkan jelaskan siapa orgnya.. cukupla aku katakan.. dia bukan warga Hq..
dia hanyalah cebisan yg diperintahkan meninggalkan Hq dan menyambung tugas dicawangan...
aku rasa da ckup clear kt sini.. aku xnk org2 buat spekulasi bkn2 pd org yg sebenarnya xde salah pn kt korg.. xde usik korg pn.. tp dek krana si ular berbisa ni.. nama2 org yg x salah dicalarkan.. smpai 1 tahap xde yg nk bantu pn clearkan mereka yg x salah..

utk si insan yg aku da xmampu nk panggil ko "kakak" lg...
maaf.. aku xnk tanamkan benci aku pd ko..walaupun mmg gara2 ko.. nama aku buruk.. nama aku membusuk.. tp, aku nk tegaskan kt sini...

AKU XKN PERNAH SEKALI MAAFKAN SEGALA TUDUHAN,SEGALA KATA2, SEGALA PERBUATAN YG DA KO BUAT PADA AKU! DAN INI JANJI AKU..
JGN TANYA KNP AKU SOMBONG ATAU APE JUA SOALAN KO.. SEGALANYA AKU DA TAU.. RUPANYA ORG YG AKU HORMAT SELAMA NI, ULAR PALING BERBISA YG MEMBELIT AKU DALAM DIAM.. TAHNIAH KERANA PENYEBARAN SEGALANYA.. BUDI BAIK KO SAMPAI MATI AKU AKAN KENANG... 
BANGKAI GAJAH XKN MUNGKIN BOLE DITUTUP DGN SEHELAI KERTAS SURAT A4 JER... SEKIAN TERIMA KASIH