29 May 2012

10 vs 10...

Pakej LELAKI KACAK yang si lelaki miliki membolehkannya menawan hati si gadis iaitu anda. Tetapi sedarkah si gadis, tak semua gadis yang berdamping dengan lelaki kacak kekal dalam perhubungan mereka tak kiralah hubungan sebagai kekasih ataupun sebagai suami isteri. Mungkin faktor perpisahan tu berlaku ada yang berpunca dari si lelaki tapi mengikut kajian yang dijalankan peratusannya kecil sangat terutama kalau ia membabitkan lelaki kacak yang majoritinya memiliki sifat-sifat sejati seorang lelaki. (Boleh caya ke kajian tu, hehehe..)
Kebanyakan perpisahan itu sebenarnya berpunca dari sifat si gadis itu sendiri yang kurang memahami apa yang disukai dan tidak disukai oleh golongan yang bergelar lelaki kacak ini. Jadi di sini sebagai seorang lelaki kacak aku terpanggil untuk berkongsi dengan si gadis di luar sana 10 sifat si gadis yang membuatkan lelaki kacak meluat. Ewah-ewah macam la kacak sangat..sindiran itu pasti akan keluar dari mulut si gadis. Ada aku kisah, hahaha..
Perkongsian ini walaupun bukannya semuanya benar tetapi bolehlah dijadikan panduan kepada si gadis untuk memastikan lelaki kacak tidak meninggalkan mereka. Sebenarnya ia mudah saja, sifat si gadis itulah yang perlu diperbetulkan. Antara sifat-sifat si gadis yang perlu dielakkan dalam menjaga hubungan dengan lelaki anda  adalah seperti ;
1)     Queen Control
Jangan nak jadi bodyguard lelaki anda. Cukuplah hanya sekadar mengambil berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya anda menyekat setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti jejaka anda tu. Umumnya. semua manusia yang dewasa tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong.Queen Control yang keterlaluan menyebabkan lelaki kacak anda tu menyimpan rasa benci dalam diam terhadap anda. Lebih baik  menjaganya dengan kasih sayang dan bukan menjadi Queen Control yang terlampau!  tp mcmana plak dgn si lelaki yg king kontrol? its fair or unfair?? no matter wat, every relationship there should be tolerance..
2)    Bercerita Tentang Lelaki Lain
Berhentilah bercerita atau memuji lelaki lain di hadapan lelaki kacak anda tu. Ini kerana tanpa anda sedari, ia mampu membuatkan hati si lelaki anda tu terasa dan meluat. Ia sedikit sebanyak menunjukkan anda tu sebenarnya tak seratus peratus menyayanginya. Jadi kalau nak memuji lelaki lain sekalipun pujilah di belakangnya. Kan lebih elok kalau pujian tu dilemparkan pada  lelaki sendiri daripada puji lelaki lain.  kadang2 bukan puji, tp nk kn yg terbaik utk setiap perjalanan.. tp menerima seadanya lebih baik.. tp slalunya perempuan xkn bercerita tntg org lain melainkan dia masih sayang atau da terlalu marah..
3)    Membebel
Lelaki mana yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu, telinga dihidangkan dengan leteran dan bebelan. Dahlah tu tak bagi peluang untuk lelakinya bercakap. Sifat gemar membebel ini boleh menyebabkan si lelaki  kacakhilang sabar. perempuan.... membebel untuk memastikan diri tidak dipijak2.. memastikan kasih tidak dipermainkan.. memastikan tidak di campak sesuka hati
4)    Melawan Cakap
Si lelaki memang pantang kalau kata-katanya diperlekehkan. Walaupun dengan niat bergurau, hati lelaki kacak biasanya akan cepat tersentuh. Jadi berhati-hatilah dalam mengeluarkan kata-kata kepada mereka terutama bila lelaki anda tu sedang marah. Rasanya baik berdiam diri, jika anda sayangkan perhubungan anda tu. melawan?? salah ayat nih... MEMBERONTAK.. tu ayat sebenarnya.. sape yg x mkn hati bila gerak geri dikawal, tp si dia?? bersenang lenang dgn sekeliling... mgkin x terasa kot ape rasanya sakit hati yg teramat sgt.. seharusnya si lelaki kena cermin diri, usah menjadi ketua andai diri sndiri masih terumbang ambing mengemudi kapal.. sebuah kapal memerlukan si pengemudi yg bijaksana.. x memerlukan pengemudi yg hanya pandai berkata2 tp hasilnya hanya menampakkan betapa tidak mampu membawa kapal tu seutuhnya..
5)    Pasif Yang Keterlaluan
Walaupun anda mulanya tidak mengongkong dia tapi disebabkan sifat pasif anda tu, sebenarnya menyebabkan lelaki kacak anda tu terkongkong. Mana taknya semua benda lelaki anda tu kena buatkan untuk anda. Anda terlalu bergantung kepada orang lain untuk membuat sesuatu. Anda tidak boleh berdikari. Sifat ini akan mempercepatkan retaknya perhubungan anda dengan si dia. ni da namanya perempuan... 
6)    Bersifat Angkuh
Jangan tunjukkan sifat angkuh anda pada si dia. Lelaki kacak sejati suka pada perempuan yang merendah diri dan berbudi bahasa dalam percakapan. Jangan sesekali menghina pemberiannya di hadapannya. Kalaupun pemberiannya itu  memang takde class, buat-buatlah anda menyukainya, lepas tu dah sampai rumah, anda nak buang dalam lubang tandas pun tak kisah. Hehehe.. Apatah lagi jika menghina ahli keluarganya walaupun niat anda tu sekadar  ingin bergurau. bkn angkuh, tp ego.. kerana xnk dilabel dan direndahkn...
7)     Terlalu Materialistik
Memang benar pada awal perhubungan, mana–mana lelaki pun sanggup berhabiskan duit demi memiliki gadis yang disayanginya. Tak kisahlah bergadai apa-apa pun asalkan dapat menambat hati si gadis yang diimpikannya. Tapi kalau perhubungan dah lebih dari setahun jagung sedangkan si gadis masih lagi berlagak mengalahkan diva, nak yang branded je, nak makan di tempat yang ada class je, lelaki jutawan pun meluat apatah lagi lelaki kacak. lelaki bertanggungjawab adalah lelaki yg tidak mengabaikan nafkah..  x semua begitu melainkan ade sebab dan puncanya... tolak ketepi pd yg desperate... 
8)    Terlebih Berdandan
Tidak salah untuk berhias atau berdandan, tetapi janganlah keterlaluan. Kebanyakan lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki kecantikan semula jadi berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan bagai nak rak. Apatah lagi kalau dah bersuami, dalam Islam pun menyuruh berdandan dan berhias untuk suami saja, bukannya pada orang lain.. tapi dah terbalik pulak, dalam rumah tak berdandan pun tapi bila nak keluar rumah, ke main lagi dia berdandan, sampai berejam-rejam.  ape guna ade kedai mekap bebanyak... mujo la aku guna yg berbelas ringgit saje... yg penting muka x mcm hantu kubor.. tp, yg aneh bila pmpuan x mekap, sbok lak kata pmpuan tu cantik la, hot la, gebuss laaa.. so, masih salahkn pmpuankah???
9)    Memungkiri Janji
Semua manusia tidak suka ditipu. Sama juga dengan lelaki anda, kalau anda dah berjanji dengannya pada sekian waktu, berusahalah untuk memenuhi janji itu. Jika anda dah berusaha tetapi masih juga tidak dapat memenuhinya, berterus-teranglah secara jujur padanya. Jangan sesekali menipunya. Pastikan kalau ada 10 janji dengannnya hanya satu atau dua saja janji yang tidak dapat dipenuhi itupun dengan memberikan alasan yang kukuh. Kalau daripada 10, lima tak dapat dipenuhi maka hubungan anda dengan lelaki kacak anda tu pun rasanya 50-50 jugalah.  Tunggu masa je nak meletop!  selalunya lelaki yg buat, pmpuan lakukan utk bg lelaki sedar... tp malangnya x sedar pn... makin menipu ade la.. pastu sbuk la mencari salah org.. bak kata aku... amek cermin, sila ckp dgn cermin..
10)   Mengada-ngada / Selalu merungut
Memang lelaki sukakan si gadis yang manja. Tujuannya untuk memanjakan dia bukannya dia pulak nak manjakan anda. Hindarkan bertanyakan soalan yang sama pada dia, apatah lagi kalau soalan tu tak penting sangat untuk dijawab atau jawapannya memang anda dah ada tapi saje je sebab sifat mengada-ngada anda tu. Soalan macam ‘Saya nampak gemuk tak? Kulit saya nampak gelap kan?. Kalau hari-harila anda tanya macam tu, confirm si lelaki kacak anda tu akan meninggalkan anda. Bye-bye yang.. hehe..   bergantung faktor umur si gadis.. kot ko kawn dgn bdk umo 15-16 bole la ko kata mengada2... tp tu bkn ngade2, tu gedik tau!


ntahla, aku rasa byk pro n kontranya.. ape yg penting hargai insan yg ikhlas mencintai dan sayangi.. sekali kehilangan, xkn ade lg peluang kedua... walau diberi pluang kedua skali pn.. xmgkin sama kasih tu ketika diberi seikhlasnya...